TAK SOLAT JUMAAT DENDA RM1000 PENJARA 6 BULAN

#ALOR SETAR: Mulai 1 Jun ini, denda sebanyak RM1,000 atau penjara melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali bakal menanti kaum lelaki di negeri ini yang melakukan kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut....

#Hukuman juga akan dikenakan kepada mereka yang tidak menunaikan solat Jumaat di masjid dalam kariah sendiri atau tidak uzur syarie dan tidak ada alasan munasabah.....

#Semua hukuman itu akan dilaksanakan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) berdasarkan aturan Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 berkaitan kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat....

#Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIK, Sheikh Ahmad Fisol Omar, pihaknya bagaimanapun, pihaknya tidak akan mengeluarkan saman secara membuta, sebaliknya akan bertindak mengikut aduan yang dibuat oleh orang awam....

#“Sekiranya pesalah gagal untuk memberi kerjasama kita akan mohon waran tangkap daripada Hakim Mahkamah Syariah,” katanya kepada pemberita di pejabat JAIK di sini hari ini.....

#Menurut Syeikh Ahmad Fisol, perkara itu termaktub dalam Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 yang telah diluluskan pada sidang Dewan Undangan Negeri tahun lalu....
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment